Skip to content

PROJEK BERSEPADU PENYELESAIAN PRODUK ISTIMEWA

BISKUT KACANG CARAMEL

Produk dengan teknologi makanan yang baru dicipta oleh Rheon dengan menggunakan ‘Smart Solid Feeder’.

Kini bahan pepejal bertekstur cair dan tidak sekata boleh dijadikan inti!

Temui cara pembuatan dengan menggunakan mesin ‘Encruster Rheon’

  1. Memasukkan adunan biskut dan pes karamel ke dalam silinder mesin ‘Encruster Rheon’.
  2. Dengan menggunakan 'Smart Solid Feeder', ia boleh mengisi sebarang ketebalan, bentuk dan bahan.
  3. 'Open Top Shutter' digunakan untuk membiarkan inti terdedah pada permukaan 'Encrust Product'.
  4. Biskut dibakar dengan menggunakan ‘Revent Rack Oven’.

ALMOND & PISTACHIO SANDWICH COOKIES

Biskut sandwic badam dan pistacio berkrim yang enak boleh dihasilkan dengan mudah.

Temui cara pembuatan dengan menggunakan mesin ‘Encruster Rheon’

  1. Menggunakan mesin ‘Encruster Rheon’, menggunakan 2 adunan biskut iaitu adunan biskut biasa dan adunan biskut cokelat bersama bahan kacang chunky.
  2. Dengan menggunakan alat penghiris ‘Ultra Sonik’, dipasang terus dalam mesin encruster, boleh menghiris sebarang ketebalan, bentuk, bahan (walaupun kacang keras), tanpa mengubah bentuk.
  3. Kemudian biskut yang dihiris diletakkan di atas dulang oleh mesin mendulang automatik
  4. Biskut dibakar dengan menggunakan ‘Revent Rack Oven’.
  5. Selepas biskut disejukkan, biskut diletakkan kedalam mesin pelbagai sistem biskut sandwic
  6. Krim yang enak di masukkan di antara 2 keping biskut.

BISKUT SANDWIC SAYURAN

Biskut sandwic sayuran bersama krim yang enak boleh dihasilkan dengan mudah.

Temui cara pembuatan dengan menggunakan mesin ‘Encruster Rheon’

  1. Menggunakan mesin ‘Encruster Rheon’ mempunyai 2 adunan biskut iaitu adunan biskut biasa (warna ungu) dan adunan biskut dengan kekacang (warna kuning)
  2. Dengan menggunakan alat penghiris ‘Ultra Sonik’, dipasang terus dalam mesin encruster, boleh menghiris sebarang ketebalan, bentuk, bahan (walaupun kacang keras), tanpa mengubah bentuk.
  3. Kemudian biskut yang dihiris diletakkan di atas dulang oleh mesin mendulang automatik
  4. Biskut dibakar dengan menggunakan ‘Revent Rack Oven’.
  5. Selepas biskut disejukkan, biskut diletakkan kedalam mesin pelbagai sistem biskut sandwic
  6. Krim yang enak di masukkan di antara 2 keping biskut.

MOCHI SAYURAN GORENG

Bagaimana cara membuat mochi goreng berinti sayuran dengan separuh acuan bulan?

Boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin ‘Encruster Rheon’ yang berteknologi tinggi.

Intinya boleh diubah kepada pelbagai pes, contohnya pes kari, pes keju, pes tomato, dan lain-lain sebanyak yang anda boleh sebutkan!

DAIFUKU OREN MANDARIN – MOCHI DENGAN ISI PADAT

Ingin buat mochi berinti buah-buahan?

Limau Mandarin? Kiwi? Strawberi? Anggur? Pelbagai lagi yang anda boleh bayangkan!

Seperti dalam paparan video, mochi berinti buah limau mandarin bersama pes kacang putih.

Ia boleh dilakukan dengan menggabungkan mesin solid feeder pada mesin encruster Rheon.

BUAH DAIFUKU – MOCHI DENGAN ISI TIDAK PEJAL

Jika bahan saya tidak pejal boleh ke ditambah dalam mochi?

Ya! Anda boleh

Ia boleh dilakukan dengan menggabungkan mesin ‘Smart Solid Feeder’. Mesin terbaru yang diperkenalkan oleh Rheon untuk digunakan bersama mesin ‘Encruster Rheon’.

Memandangkan bahan dalam keadaan tidak pejal, ia menjadikan inti mochi seperti pencarian harta karun yang mengujakan!

KINOKO MOCHI – MOCHI BERLAPIS

Cara memudahkan proses penghasilan lapisan luar mochi dihasilkan dengan menggunakan mesin ‘Encruster Rheon’?

Ia boleh dilakukan dengan menggabungkan meja putar dengan alat yang direka khas, yang membolehkan proses salutan diseluruh permukaan dan bahan salutan berlebihan digunakan secara berterusan untuk mochi seterusnya.

ms_MYBM